Assalamualaikum :)
Hampir menuju hari yang ke-4 di kolej! Semester 8 subjek kurang sikit dari semester sebelumnya. Pada mula memang rasa best nye tak banyak kelas. Eksaited sebab tiap-tiap sem memang paling kurang pun 18 jam kredit belum masuk kelas tutor dan sebagainya. Tapi baru hari Isnin tak ada kelas dah macam cacing kepanasan dekat bilik boring tak tahu nak buat apa, haha. Nak merayap pun duit tak ada, redha jela tengok member-member bersuka ria. Its okey.
Setakat ni happy berada di kolej.
Cuma ada beberapa perkara je yang buat happy tu slack. First of course la sebab dapat kelas dengan lecturer yang tak tau nak kata cemana. Tapi cuba untuk berfikiran positive! Positive! Tadi petang first class dengan lecturer berkenaan, emm agak okey tapi orang cakap dia sangat straight. Ya Allah,permudah kan lah. Risau! Risau!
Sebab kedua yang awal-awal lagi dah tak best bila kedai-kedai makan dekat foodcourt semua tukar owner. Sangat lah tak best! Rasa nak ulang banyak kali cakap tak best tu. Al-kisah semalam petang after habis kelas jam 5, terasa lapar dan terus ajak member turun fudcourt. Masa tu dah nak dekat pukul 6 petang, dan memang tak ramai orang. At first ingat orang lama, sebab nama kedai still sama tak tukar. Then bila nak order tengok orang lain dah. Takpela, kita try je dulu. Nak order nih, siap kena tulis sendiri pulak tu. Self-service. Dah tulis dia suruh bayar pulak, even belum dapat makanan. Ikut kan aje laa.
15 minit berlalu...
Macam dah panas bontot tunggu tapi tak siap-siap kitorang ambik inisiatif nak bertanya. Sekali tu dia boleh cakap "baru je order kan?" dengan gaya separuh kerek. Dalam hati sabar jela, da memang muka dia macam tu agaknya, tak cukup gula. Tunggu lagi.
30 minit berlalu...
Dari jauh memang observe je orang yang masak tu. Dari gaya dia masak je dah tau memang bukan kitorang punya order sebab dia duk ketang ketung ketang ketung kuali tu confirm la buat nasi goreng ke apa. Yang kitorang ni order kuew teow tom yam dengan kuew teow hong kong. Hati panas je bila tengok manusia order lambat dari kitorang dah siap. Apa kes? Tanya lagi, bila nak siap. On the way kata nya,tengah masak. Dia tak tahu hati kitorang ni dah masak habis, tinggal nak rentung je. Sabar lagi..
45 minit..
Kitorang decide nak cancel je, tapi bile member ni cakap nak cancel dia cakap tengah masak kuew teow ni. Dari tadi tgh masak, tak hangus ke? Menyampah dah. Tak ada mood dah pun nak makan. Tapi member kata tunggu lagi 15 minit. Memang masa ni ramai yang cancel order sebab lama gile tunggu. Yang order after kitorang pun dah cancel,entah kenapa kitorang masih bersabar nak tunggu lagi. :(
7.00 p.m
Memang tak boleh sabar dah ni! Terus aku bangun pergi dekat kedai tu cakap nak cancel. Dia boleh buat tak tahu je. Memang saja la tu. Kali ni aku cakap lagi kuat dengan suara yang agak garang, baru dia pulang balik duit tuh. Suppose rm8.50 tapi dia pulang rm8.30. Cemana tu?
Aku tak faham cemana kedai tu operasi, sepatutnya siapa order dulu buat la yang tu dulu. Ni tak, dia siapkan dulu nasi goreng,nasi goreng je dulu. Habis tu kalau yang order nasi goreng tu 100 orang, kitorang yang awal-awal datang order kuew teow tadi nak kena tunggu sampai bila kan? Sia-sia je waktu sejam kitorang dekat fudcourt. Tambah dosa pulak bila mengata orang kedai tu, haih. Ramai yang mengalami nasib serupa seperti kami, tapi yang bersabar sampai nak dekat 2 jam tunggu aku memang tabik spring gile!!
Nampak gaya tak dapat dah nak makan lauk ayam goreng masak lada lepas ni,sob sob! sedih. :(
5 loyal reader:
yt mmg pantang kalau org siapkan mkanan lmbat. pling sabar pun kalau nak sampai 1 jam terus angkat kaki. huahua.
wahhh...ini memg panas. klo dekat cafe k17 dulu pun macam ni gak, jadi kitorang amek inisiatif sblm pegi kelas ordr dkt cafe fakulti dulu. sbb tahu cafe k17 hampeh~
dah la tgh lapa. bolh plak wat gini kn~
peehh. ada jugak eh kedai mcm tu. mauuu bersilat depan cheffff dia. haha :D
sojam..menguji kesabaran btol...kasi tempeleng skit kat org tu..he2
kira SURIA dah tade????
mmg serius tak bestt
Post a Comment