27 May 2012

Pre-Graduation Party

Assalamualaikum :)

Jangan hairan kalau sekarang blog ni kerap ber-update. Sebab memang ada benda nak cerita. As mention dalam previous entry hari ni akan ada BBQ party special untuk final year akaun sahaja. Tok dalang kepada terjadi nya event hari ni ialah Cikyn dan Suliha. Dan aku macam biasa, tak kesah. A good follower indeed. ;P Bila dah pakat ramai-ramai menggunakan kuasa twitter, nampak gaya mereka yang lain pun ON. So kita proceed.. 


Janji jam 8.30 pagi dah berkumpul dekat Bukit Ekspo. 

Tunggu dalam beberapa minit untuk semua orang sampai. Sementara tu kita set dulu tempat bagi cantik,supaya jadi lagi tertarik menarik we all memang d'bomb la kan. Haha. Ini lah hasil kreatif dari Alin, sweet gile! dan serba sedikit belon bagi menaikkan lagi seri kami semua. Yecks! Haha. 




Agak-agak dalam setengah jam berlalu, kita start aktiviti pertama iaitu pecah ais bak kata Kinah. (ice breaking). Event BBQ ni bukan setakat makan-makan sahaja, kita juga buat sukaneka serba sedikit. Memang meriah! Sangat meriah! Terlalu meriah! Me happyyy.. Thanks kepada Ajk Aktiviti yang sampai gaduh-gaduh perah otak nak fikir pasal game hari ni, semua pun best. 


Game


Kami.


Lepas dah habis main, masuk acara mengisi perut. Tapi masa ni sebab dah penat, jadi nya kurang sikit rasa nak makan. Masing-masing cari air sebab haus bergelak sakan, menjerit-jerit keriangan. Rasa macam masuk tadika balik pun ada. ;) Menu untuk hari ni, nasi goreng cina, ayam BBQ, sosej, sandwich, buah tembikai, buah nangka, kek coklat dan air sarsi. Full! Berlebih-lebih sampai bawak makan ke malam. Lebam perut dibuatnya. Huhu.


Selesai makan, kita main exchange gift. Oh-oh, saya tak sangka saya boleh dapat Aaron Aziz! Suke suke sukeeee.. Haha. Okey, ni la Aaron Aziz saya! Handsome kann..ramai yang jeles saya dapat Aaron Aziz ;DD Terima kasih Ecaahhh. Ekceli dah nampak bear ni sehari before BBQ sebab pergi shopping barang makan sama-sama, tapi tak sangka rezeki hari ni dapat bear. Bertambah la koleksi bear-bear yang ada ;) Selain tu,kita juga ada sediakan cenderahati untuk semua yang join venture BBQ ni. Thanks untuk Ajk Cenderahati yang decorate frame ni bagi lawa.. Serius cun! Tak senang nak dapat frame ni, puas jelajah Bangi hari Selasa lepas baru jumpa. Sudah di letak kan frame ini di atas meja study buat kenangan. :)




36 people intended to attend.

Dan majlis bersurai selepas selesai acara penyampaian hadiah untuk sukaneka. Team Sakura dapat no.2, tewas dengan team Harimau Berenang. Ni semua sebab game lukis-lukis. Haha. Tapi tak kesah pun, we all enjoy!. Thank you everyone to make the day so meaningful. Sorry for all mistake done by me and others. Entah bila dapat gather macam ni lagi kan? Confirm rindu-rinduan lepas ni. Best of luck for our final soon. Byebye..

Muke penuh minyak bersama Aaron Aziz. Yeay! ;)

25 May 2012

Minggu 13

Assalamualaikum (;


Weee,macam rajin kan sekarang ni nak update-update! Gaya macam dah bebas merdeka je, padahal assignment nak kena hantar esok belum siap lagi ni. Lepas dah siap hantar fyp, mood nak buat kerja dah ke laut china selatan je nampak gaya nya. Baru minggu 13,tapi dah macam minggu akhir (minggu 14). Start hari Selasa, pagi tu dah keluar ke warta Bangi,petang nye pergi pasar pulak. Solat dekat masjid UKM, sesat-sesat nak balik UPM. ;P  Pastu, hari Rabu petang keluar lagi pergi Mines beli hadiah untuk jamuan BBQ sabtu niiii. Yeay! Ahad malam ada jamuan blok pulak, makan-makan lagi,yeay! ;P

Dah dapat hadiah masing-masing, terus tebus kerinduan nak minum cool blog. ;) 

Farahin puasa, jadi nya makan malam pun dekat the chicken rice shop. Kenyang masyaAllah, tak larat nak ketawa dah. Sampai kolej lepas isya' terus pergi discussion case study. Discussion nya tak lama mana pun, sembang nya yang lebih. Biasa lah kan, dah akhir-akhir sem ni luang kan masa sama-sama. Lepas ni mesti rindu nak discussion apa semua nii. Sob sob. Untuk sem ni, group case study la yang paling meriah dan aktif. Buat kerja sama-sama, bincang sama-sama, semua bagi sumbangan. Oh,gossip pun sama-sama jugak. Likeeee.. ;P

Suliha,masih single dan available. ;)

Azlina,juga single dan available. 
Dah kenapa tetibe buat promotion pulak nih? ;DD

Hari Khamis pulak keluar lagi pergi Bangi! Haha,sikit-sikit bangi ye dak? Tapi kali ni betul serius important. Nak pergi Bank Islam ambik slip statement untuk claim elaun dari JPA. Heheheeee.. Duit oh duit! ;P Jumaat ni pun keluar lagii... Huahuahua.. Kaki jalan betul minah ni! Eh,kaki memang untuk berjalan pun kannnnn..:DD Tunggu hari Isnin nanti, pun InsyaAllah keluar berjalan jugak. Hahaha. Maaf kan saya kalau ada yang tak puas hati, tapi ni je masa yang ada nak happy-happy dengan kawan-kawan sebelum habis degree.. Tak gitu?


tengok gambar arwah atuk jadi rinduu..


21 May 2012

No more fyp

Assalamualaikum :)

Hari Jumaat lepas, hari yang bahagia. Sangat bahagia! Boleh nampak kebahagiaan tu di wajah masing-masing. Semua berkobar-kobar nak melawat jabatan. Kalau boleh nak berjabat tangan dengan semua orang. :P Yela, hari Jumaat last date untuk hantar fyp. Jadi nya hari Khamis memang penuh la kedai photostat semua kena serang dengan students. 

At first masa masuk satu kedai ni pakai bedal je nak print semua. Sekali tu si Nawwar kata situ mahal, cancel terus niat nak print. Nampak sangat gelojoh nya nak print kan, tak tanya harga langsung! Haha. Lepas tu pergi kedai lain pulak, owner tu cakap okey. Kira dah deal lah ni, tetibe ada satu pekerja tu pergi mark-up harga pulak. Aku syak pekerja tu stress sebab dia tak cukup tangan nak buat kerja. Tapi peduli pulak kitorang ni, memang tak laaa. Dua tangan ke, dua kaki ke yang penting nak siap by Friday. Kejaaaaamm.. Hahaha. ;P

Jumaat,2 petang terus cekidaut kedai nak ambik projek yang dah siap jilid. Ya Allah,perasaan terharu segala macam ada. Memang touching habis la tengok sampai kan nak mengalir setitis dua air mata. Hahaha, over sangat. Tak tipu weii, serius rasa macam segala penat lelah tak tidur malam apa semua hilang. Ceh,ayat drama! :DD Macam ni lah hasil nya, even yg ni bukan final lagi pun tapi dah boleh tarik nafas lega since sv cakap dah okey. 


fyp di hati =,=

Lepas dari tu je, kitorang terus menapak nak balik fakulti. Tapi sempat singgah fakulti makanan jap cari kek. Balik fakulti awal-awal pun office tak bukak lagi. Lepak-lepak la kejap. Geledah punya geledah fakulti makanan tu, tetibe ternampak kuda dekat fakulti perubatan veterinar yang lama. Suliha punya la eksaited nampak kuda!. Kalau boleh longkang besar gedabak tu pun nak di langkah nya. Demi Suliha yang nak tengok kuda, gigih la menapak ke fakulti veterinar pulak di petang yang panas tu. Eh, takpe.. fyp kan dah siapp. Ada la masa nak lawat kawasan. Hahaha. ;PP Tolong la lempang saya yang tak sedar diri masih ada assignment yang tak siap. Grrrrrr..


Hye awak, besar nya perut. Bila due? ;P